Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

 Published on 8 Julai 2022 on 04:00

Kuala Lumpur-Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin memaklumkan bahawa ujian terhadap jujukan genom yang dibuat ke atas kes positif antara Mei dan Jun mengesan 5 kes Subvarian Omicron BA.5 di Malaysia berkemungkinan merebak secara meluas.

 

Menurut  beliau sebanyak 13 kes kumulatif subvariant  Omicron telah dikesan di negara ini termasuk enam kes BA.2 12.1, lima kes BA.5 dan dua kes BA.5.2,Bagaimana pun Omicron BA.4 tidak direkodkan setakat ini.

 

"Kementerian menjangkakan jangkitan baharu akan meningkat berikutan Omicron BA.4 dan BA.5,  terutamanya BA.5. Ini kerana Omicron BA.5 mudah merebak berbanding varian Omicron sebelum ini iaitu BA.1 dan BA.2.

 

"Terdapat peningkatan sebanyak 31 peratus kes COVID-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai."Katanya

 

Sebelum ini, media melaporkan jangkitan kes baharu COVID-19 melonjak kepada 4,020 kes pada Khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.

 

Oleh kerana varian BA.5 cepat merebak berbanding BA.1 and BA.2, Khairy   menyeru agar  individu dewasa  terutamanya individu yang berumur 60 tahun dan keatas serta mereka yang mempunyai penyakit kronik agar mendapat dos penggalak walaupun kerajaan tidak mewajibkannya.

 

Seruan itu dibuat apabila maklumat yang  diperolehi dari Amerika dan Israel menunujukkan   kadar kematian dapat dikurangkan  terhadap  individu yang telah   lengkap divaksinasi.

 

" Maklumat yang  kami terima dari  Amerika dan Israel menunjukkan individu yang mengambil dua dos premier dan dua dos penggalak terutamanya individu yang berumur 60 tahun dan keatas, mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding yang mempunyai satu  dos penggalak." katanya pada sidang media di Bagunan Parlimen.

 

Add comment

Comments

There are no comments yet.