Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

 Published on 24 Oktober 2021 at19:00

 

Ipoh-Allahyarham Mamat Khalid  atau Mohamad Mohamad Khalid, 58, Penerbit dan  Pengarah tersohor  Malaysia telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh,  Ipoh, Perak pada petang  tadi.

 

Allahryarham menghembuskan nafas terakhir malam tadi dalam perjalanan  ke Hospital Slim River,  akibat komplikasi jantung.

 

Berapa rakan artis dilhat datang memberi penghormatan terakhir kepada beliau antaranya  adalah, Datuk Awie, Datuk M Nasir, Bell Ngasri, Khir Rahman dan beberapa artis yang pernah bekerja di bawah arahan beliau.

 

Selain daripada itu turut sama memberi penghormatan terakhir adalah, Menteri  Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

 

Menurut  abang Allhyarham, Datuk Mohamad Nor Mohamad Khalid atau Datuk Lat, Adik bongsunya itu adalah seorang yang  kelakar dikalangan keluarga mereka.

 

Arwah Selalu menghiburkan mereka di kala mereka bertemu.Beliau juga menyifatkan adiknya itu sebagai pecinta seni tegar sejak kecil lagi.

 

“Dia tu ada darah seni  dalam tubuhnya, kita pun tahu dari dulu lagi, kalau dia pegang  gitar jadi la lagu, kalau dia main piano jadi lah musik,”katanya  kepada Pemberita selepas selesai majlis pengebumian tersebut.

 

Dalam pada itu Allahyarham  Mamat Khalid dalam perancangan untuk mengarah  dua Karya terbarunya.Perkara ini dinyatakan oleh anaknya, Mohd Khalid Adam  Mohamad.

 

“Dia  dah rancang nak buat dua filem baru, iaitu Sembilan Belas  Puasa dan Kampung  Pisang Berbuah Dua Kali.Skrip dah siap tapi itu  la hajat dia tak kesampaian,”katanya kepada Pemberita   dalam nada  yang masih sedih.

 

Allahyarham Mamat khalid  meninggalkan  seorang isteri, Hasmah Hassan  dan Lima orang cahaya mata

Add comment

Comments

There are no comments yet.