Published on 8 November 2021 at 04.00 

Kelihatan beberapa orang pejalan kaki sedang menikmati sarapan pagi di Fingters Cafe Bukit Talipong


Untuk naik ke atas, kami menaiki pacuan 4 roda. Keadaan jalan yang curam dan berbatu menghadkan kenderaan biasa untuk naik ke atas.

Suasana di waktu pagi

Suasana di waktu malam

Suasana malam yang dingin dengan angin yang kuat memang menyeronokkan. Dari atas, kita dapat lihat kerlipan lampu - lampu jalan serta bangunan dari kawasan berhampiran (termasuk Dannok, Thailand). Kadangkala, kabus tebal menghalang penglihatan.

Detik yang paling ditunggu adalah melihat hamparan awan bagaikan permaidani pada awal pagi. Memang mengasyikkan.

Menginap di sini dapat mendedahkan anak-anak dengan cara hidup di kampung. Walaupun tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan atas bukit ni, tapi memang berbaloi untuk luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Di sini juga kita dapat melihat dengan jelas pekan Dannok di Thailand yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam di Malaysia