Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

    Published on 4 Julai   2022 19:00

Foto:Media Sosial

Baling-Hujan lebat  berterusan selama tiga jam di daerah Baling  menyebabkan  banjir kilat berlaku di Kupang,

 

Menurut beberapa orang penduduk , hujan yang bermula pada jam 2.00 petang itu   menyebabkan dua kampung dinaiki air.

 

Antara kampung yang  terjejas ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang.

 

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, berkata hujan lebat selama tiga jam  mengakibatkan rumah penduduk yang tinggal di tepi tebing Sungai Kupang dinaiki air.

 

"Kita menerima lapuran daripada penduduk kira-kira jam 6 petang , lalu  menggerakan anggota APM Baling  ke lokasi .

 

"Jumlah sebenar mangsa banjir itu belum diketahui dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, setakat jam 6.30 petang tadi,"katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

 

 

Add comment

Comments

There are no comments yet.